-->

KEKUATAN YAHUDI DI BELAKANG DAJJAL

 KEKUATAN YAHUDI DI BELAKANG DAJJAL

Ramalan Nabi SAW tentang Dajjal adalah bukti yang mengagumkan tentang hebatnya ru'yah beliau mengenai peristiwa yang akan terjadi di kemudian hari. Dalam Hadits diterangkan bahawa beliau menunjuk Gereja sebagai tempat Dajjal, dan Al-Qur'an juga memberi petunjuk tentang identiti Dajjal dengan kata-kata sebagai berikut:
"Dan agar ia memberi peringatan kepada orang-orang yang berkata bahawa Allah mempunyai Putera." (18:4)

Adapun kebencian orang-orang Yahudi terhadap Nabi Isa, Al-Qur'an menghuraikan begitu jelas, hingga Al-Qur'an menyebut-nyebut surah tulisan kaum Yahudi yang menodai kesucian Siti Maryam, Ibu Nabi Isa. Qur'an berfirman sebagai berikut:
"Dan ucapan mereka terhadap Maryam adalah fitnah yang besar" (4: 156)
Sikap permusuhan kaum Yahudi terhadap Nabi Isa adalah yang paling besar yang pernah dilancarkan oleh suatu bangsa terhadap seseorang. Sifat permusuhan yang abadi ini diuraikan dalam Al-Qur'an sebagai berikut:
"Kami bangkitkan sikap permusuhan di antara mereka sampai Hari Kiamat" (5:14)
Kaum Yahudi mengalami bermacam-macam penindasan, baik di zaman Nabi Suci mahupun sebelum beliau, dan penindasan ini berlangsung terus sampai lama sesudah beliau. Bahkan dapat dikata sampai muncul Dajjal, kaum Yahudi tetap mengalami penindasan oleh kaum Nasrani. Namun demikian Nabi Suci meramalkan sebagai berikut:
"Dajjal akan disertai oleh tujuh puluh ribu orang Yahudi."
"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi."
"Dajjal musuh Allah, akan muncul dan akan disertai oleh bala tentera yang terdiri dari kaum Yahudi."
Hendaklah diingat bahawa tak ada Hadits satupun yang menerangkan bahawa Dajjal adalah orang Yahudi. Sebaliknya Hadits menerangkan bahawa Dajjal adalah identik dengan kaum Nasrani. Selain itu Al-Qur'an menerangkan bahawa kaum Nasrani selalu lebih unggul daripada kaum Yahudi:
"Dan aku akan membuat orang-orang yang mengikuti engkau (Nabi Isa) melebihi orang-orang kafir, sampai Hari Kiamat" (3:54).
Namun kita dihadapkan dengan kenyataan yang paling aneh, yakni bahawa Pemerintahan Kristian sangat bergantung kepada bantuan kaum Yahudi. Para Menteri dari pemerintahan Negara Kristian yang besar-besar, mengerjakan begitu saja apa yang diminta oleh orang-orang Yahudi. Adapun sebabnya tidak sukar dicari. Kaum Yahudi mempunyai banyak wang untuk membantu Pemerintahan Kristian. Bahkan Pemerintah Inggeris yang begitu jayapun membantu kepentingan Yahudi untuk menghancurkan kaum Muslimin di Palestina. 

Kaum Muslimin di Palestine dibikin melarat, hingga ladang-ladangnya terpaksa dijual kepada orang-orang Yahudi yang berdiam di sana dalam jumlah besar. Perkataan "tujuh puluh ribu orang Yahudi" dalam hadits ini mengandung erti jumlah yang besar. Sebagaimana kita maklum, bahasa Arab "tujuh" atau "tujuh puluh" itu digunakan untuk menunjukkan jumlah yang besar. Jadi, tujuh puluh ribu orang Yahudi ini ertinya banyak sekali kaum Yahudi yang mahu bekerja-sama dengan Dajjal. Jika penduduk dunia tak tahu bagaimana kaum Yahudi secara diam-diam membantu Pemerintah Inggeris dan Pemerintah Barat lainnya, atau bagaimana Pemerintah Inggeris membantu kaum Yahudi, maka tindakan Pemerintah Inggeris memindahkan bangsa Yahudi ke Palestine sudah cukup sebagai bukti benarnya ramalan Nabi SAW tentang adanya persekutuan rahsia ini. 

Namun demikian, gabungan kekuatan antara kaum Yahudi dan kaum Kristian Eropah tak sekali-kali menggentarkan kaum Muslimin, asalkan kaum Muslimin menyedari sepenuhnya bahawa Nabi SAW disamping meramalkan adanya kekuatan gabungan yang menakutkan ini, beliau tiga belas abad yang lampau juga meramalkan bahawa pada akhir zaman, Islam akan memperolehi kemenangan di atas sekalian agama di dunia.

#

Post a Comment

Subscribe Our Newsletter