-->

Agama Dajjal

 AGAMA DAJJAL
 

Ada sebuah Hadits yang menerangkan bahawa kaum Yahudi akan menyertai Dajjal. Dari Hadits ini orang menyangka bahawa Dajjal akan memeluk agama Yahudi. Akan tetapi Al-Qur'an menerangkan seterang--terangnya bahawa bangsa Dajjal mengakukan Allah mempunyai anak laki-laki. Oleh sebab itu tak ragu-ragu lagi bahawa bangsa Dajjal adalah bangsa Nasrani. 



Kelak akan kami terangkan apakah yang dimaksud kaum Yahudi menyertai Dajjal. Bahkan kaum Yahudi akan menyertai Dajjal tidaklah bererti bahawa Dajjal adalah kaum Yahudi. Kerana jika bererti demikian, bagaimanakah erti Hadits lain yang menerangkan bahawa sebahagian ummat Nabi Muhammad akan mengikuti Dajjal dan menjadi korban tipu-muslihatnya. Adapun Hadits itu berbunyi sbb :
"Tujuh puluh ribu ummatku akan mengikuti Dajjal" (Misykat, ha1.477)
Sebagaimana telah kami terangkan, julukan Masihid-Dajjal itu menunjukkan, bahawa bangsa Dajjal akan mengaku sebagai pengikut Masih-'Isa. Hal ini diterangkan sejelas-jelasnya dalam Hadits Tamim Dari tersebut di atas. Isyarat supaya mengunjungi orang yang berada di dalam Gereja itu seperti yang diterangkan dalam Hadits Tamim Dari, adalah penting sekali artinya. 

Sudah terang bahawa Gereja adalah simbul agama Nasrani, dan raksasa yang menyimbulkan ummat yang terdapat dalam Gereja itu tiada lain ialah ummat Nasrani. Adapun Jassasah (mata-mata Dajjal) hanya mempunyai satu tugas, iaitu, menganjurkan supaya orang-orang pergi ke Gereja, artinya, supaya menjadi orang Kristian. Berikut ini adalah ucapan Jassasah yang sebenarnya: "Gereja yang kamu lihat itu, masuklah ke dalam".

#

Post a Comment

Subscribe Our Newsletter